Menteri Kesihatan,
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata,
penjualan bahan dan produk e-rokok adalah salah mengikut Akta Racun 1952
dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Mereka yang didapati
bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikotin untuk kegunaan
rokok e-elektronik boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak
melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali, katanya.
Rokok elektronik
ataupun e-rokok adalah satu percubaan untuk menghasilkan sejenis rokok yang
kononnya mampu mengurangkan kadar penagihan rokok sedia ada.
Tembakau adalah
faktor utama masalah berkaitan jantung dan seumpamanya. Biarpun risiko penggunaan tembakau ke
atas kesihatan sudah diketahui umum, usaha mempromosikan hidup bebas rokok
masih tidak begitu berkesan.
E-rokok dikatakan
selamat digunakan sebagaimana ianya tidak mempunyai kandungan tembakau. Walaupun rasanyanya agak sama seperti merokok
rokok asli, ianya tidak mengeluarkan sebarang asap, karbon monoksida, dan sudah
tentu tidak menghasilkan abu.
Dianggarkan
sekurang-kurangnya 4,400 kanak-kanak menjadi perokok tegar apabila menginjak
dewasa. Sehubungan itu, pelbagai kaedah
dicipta termasuklah rokok elektronik ini.
Rokok e-elektronik atau e-rokok ini
kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa
disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis
penyakit kronik.
E-rokok
sebenarnya menggunakan sejenis cecair dan seterusnya menghasilkan wap air. Tetapi tahukah anda cecair nikotin juga
terkandung didalam e-rokok. Kandungan
nikotin akan meningkatkan ketagihan
untuk merokok. Ia menunjukkan bahawa
e-rokok yang dikatakan selamat itu juga mampu merosakkan paru-paru sebagaimana
rokok biasa. Nikotin juga akan
meningkatkan kadar denyutan nadi dan pembebasan hormon adrenalin serta
melambatkan sistem saraf.
Nikotin boleh
memberi tindakbalas terus ke atas otak dengan memberi kesan rangsangan yang disokong
oleh pelbagai faktor lain.Satu kajian saintifik mendapati rokok-e mengandungi karsinogen dan
bahan-bahan kimia bertoksik seperti diethylene glycol.
Rokok elektronik
mempunyai bateri, atomizer, dan katrij nikotin.
Proses penghasilan wap pada
rokok digital kelihatan sama dengan asap rokok biasa. Ia tidak mengandungi karbon monoksida dan
tidak berbau. E-rokok juga dilengkapi
LED yang berwarna oren jika dinyalakan oleh microprocessor, yang kelihatan
seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.
China sebagai
penemu awal rokok elektronik ini pada tahun 2003 juga melarang penggunaan rokok
ini kerana dipercayai menjejaskan kesihatan.
Ia juga didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh
darah sehingga mewujudkan peningkatan mendadak dalam rintangan udara paru-paru.
Alat elektronik
ini diimport dari China dan dikatakan tidak menjalani sebarang pemeriksaan
keselamatan sebelum dijual kepada orang ramai.
Di sebalik
kecanggihan penciptaan rokok moden ini, ia juga dikatakan lebih berbahaya
daripada rokok biasa jika dikaji kepada bahan-bahannya.
Rokok versi
digital ini walaubagaimanapun semakin mendapat sambutan sebagaimana ianya
dijual secara berleluasa di negara ini.
Rakyat seharusnya sedar akan bahayanya penggunaan rokok sama ada rokok
biasa atau rokok elektronik. Jadi, kita
tidak seharusnya mudah percaya dengan sesuatu yang belum pasti selamat untuk
digunakan.
No comments:
Post a Comment