31 May 2013

GeNES miXeR

Assalamualaikum.
apa kabar sume? harap sihat walafiat la ek
hehe :)
cuti minggu ni kamu sume pegi mane ek? haa jom kita g jalan2 ke BTS (brjaya times square)..
sape yg pernah men game Genes Mixer? penah x? penah x?
ia adalah satu permainan yang sangat menarik dan sangat2 memeningkan. loya2 dan muntah2 memang tak boleh nak tahan dah..kenapa? yela sebab dia akan pusing2kan badan kita, bolak-balik 360 darjah tau.hati, jantung, otak, semua akan berganjak dari tempat asalnya..kikiki (ada ke?) c(:
hahaha..memang enjoy tp sgt menakutkan.  x payahla try benda tu..nanti mengigau.. ni ada satu short video mase kami tengah "menjerit2 manja"..dengar guna headphone yewww..




huhu..gitulaah gamaknyee.. tapi satu je pesanan saya. wlaupun saling bergumbira tu, jngan lupa keselamatan diri.  kalau jatuh nti memang parah la rasanya sebab kat bawah tu mereka tak letak apa-apa benda sokongan kalau kita terjatuh.  memang semen je 100%. ingat tu,..hehe.
ok..jumpe lagi semua..bye!




23 May 2013

MiLo BaNjiR..!! MiLo BaNjiR..!! MiLo BaNjiR..!!

Assalamualaikum..
milo banjir! milo banjir! kebanjiran milo!
ha..kawan2 sume kenal x milo banjir? pernah minom?
sedap kan? kikiki.




Milo banjir ni dikenali jgk dgn nama milo tabur.  Air milo yang ditabur dengan serbuk milo diatasnya. fuuhh! sedap banget.. nak lagi sedap? tambah air milo dengan esen vanila..ye memang sangat sedap.
x tahu cane nak buat milo banjir?? ni antara ramuan paling senang la..check it out!

ramuan milo banjir (hidangan untuk 2 orang):
 
-1 cawan serbuk milo(lagi banyak lagi sedap) 
-500ml air putih(suam)
-5 sudu susu pekat manis(secukup rasa)
-sedikit susu cair
-1 sudu esen vanilla
-ais  
cara membuatnya:
bancuhkan 1 cawan serbuk milo tadi dengan air putih suam sehingga sebati. tambahkan susu pekat manis dan susu cair dan kacau. setelah itu, campurkan dengan 1 sudu esen vanilla.  tambahkan ais dan tabur serbuk milo diatas air tadi. semakin banyak milo, semakin sedap.
Selamat mencuba!  

  
 

Kami pernah menjual air milo banjir semasa minggu keusahawanan pelajar. memang laku la milo banjir ni. yela.. milo banjir kami memang pekat dan kawwww.. harganya sangat murah hanya RM 1.50 per cup.
Seronok taw kawan-kawan berniaga ni..hihi. sambil jual air, sambil minum milo banjir! kikiki.
 

10 May 2013

Coklat : Tidak Menggemukkan?

 

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:

ü  Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata

ü  Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga

ü  Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga

Maka coklat boleh menyumbangkan:

ü  15% Lemak

ü  6% Protein

ü  17% Karbohidrat

ü  15% Tenaga

ü  ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan




Coklat adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.

Rasa coklat masih sukar diertikan. Rasa coklat dibentuk dari campuran 1,200 jenis zat, tanpa satu rasa yang dominan. Disebabkan itu, sehingga sekarang masih tiada coklat tiruan.Antara zat-zat penghasil rasa coklat terdapat lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan dari jenis yang menggemukkan tubuh.
 


1)Lemak Koko Dalam Coklat Merendahkan Paras Kolesterol

Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.


2)Bahan Anti-Kerosakan Gigi Dalam Coklat

Melalui kajian  yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.


3)Coklat Mudah Cair Dalam Mulut

Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.


4)Coklat Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.


5)Coklat Makanan Penuh Tenaga

Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.



Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semula jadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membukitkan bahawa coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.
http://panduanpercuma.info/kesihatan/4310/manfaat-coklat-kepada-kesihatan/
http://www.sabah.edu.my/itsr005/3L%20web%202020/kebaikan.htm
http://www.youtube.com/watch?v=P-XVXdKKSmI