24 April 2013

JoM BeLajaR bRaillE..

Assalamualaikum..hai apa kabor sume? bonjour!

Kali ni saya nk kongsi sedikit tentang penulisan Braille.
Braille adalah satu sistem penulisan untuk orang yang cacat penglihatan.  Ia menggunakan titik2 @ bintil2 yang timbul di atas kertas. Setiap huruf mempunyai kod yang tertentu.
Saat jari jemari menyentuh bintil2 kecil di atas kertas putih itu, rasa insaf pulak ..
rasa syukur dengan setipa nikmat yang Allah bagi. Nikmat mata, tangan.. apa perasaan orang yang x punya penglihatan dan tangan yang boleh menyentuh macam kita?



Nak tahu lebih lanjut tentang Braille? jom baca ni..
Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W.

Abjad Braille

Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut:
Braille cell.svg
dan kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.
Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.
Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.

Tulisan brail pada butang lif bagi membantu orang kurang upaya (buta).
Simbol simbol Braille adalah seperti berikut:

A1   B2   C3   D4   E5   F6   G7   H8   I9   J0
X.   X.   XX   XX   X.   XX   XX   X.   .X   .X
..   X.   ..   .X   .X   X.   XX   XX   X.   XX
..   ..   ..   ..   ..   ..   ..   ..   ..   ..
 
 
K    L    M    N    O    P    Q    R    S    T
X.   X.   XX   XX   X.   XX   XX   X.   .X   .X
..   X.   ..   .X   .X   X.   XX   XX   X.   XX
X.   X.   X.   X.   X.   X.   X.   X.   X.   X.
 
 
U    V    W    X    Y    Z
X.   X.   .X   XX   XX   X.
..   X.   XX   ..   .X   .X
XX   XX   .X   XX   XX   XX
 
 
Capital   Number                       Question
sign      sign      Period    Comma    mark
..        .X        ..        ..       ..
..        .X        XX        X.       X.
.X        XX        .X        ..       XX



cuba teka saya tulis apa tu??  kalau dapat jawab dgn tepat sy bg hadiah..jeng jeng jeng!
bonne chance..! (goodluck)

17 April 2013

ElaK JaDi ManGsA rAguT, RoMpAk



Berdasarkan statistik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, sejumlah 1,915 kes ragut dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Mac tahun 2009 berbanding  jumlah 1,058 kes sepanjang tempoh yang sama tahun  2008.  Kejadian ragut dan rompak pada golongan wanita khususnya bukan lagi satu fenomena yang baru.  Jenayah ragut  berlaku pada bila-bila masa dan masyarakat kita seolah-olah memandang enteng masalah ini kerana sudah “terbiasa” mendengarnya di dada-dada akhbar dan berita.
  Sudah kalis benarkah jiwa kita apabila saban tahun kita mendengar tentang kes-kes ragut yang menyebabkan kematian banyak nyawa?  Jenayah dan kes ragut di Malaysia terutamanya di ibu Negara dan bandar-bandar besar semakin membimbangkan.  Secara keseluruhannya jenayah ragut di sekitar ibu kota dilihat semakin kritikal dan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
 Kita pernah mendengar  kes ibu sedang sarat mengandung, terbunuh semasa kes ragut, ada yang cedera parah ketika melawan peragut, guru tadika maut ditikam peragut di atas jejantas dan bermacam-macam lagi.  Sebelum ini, kita digemparkan dengan kejadian di mana peragut bertindak meragut seorang wanita yang sedang sarat hamil hamil, akibatnya wanita itu terjatuh dari motosikalnya dan akhirnya maut di tempat kejadian. Yang pastinya peragut tidak pernah mengenal mangsanya dan tidak akan mengenal belas kasihan.
            Kita seharusnya memandang serius masalah ini serta mengambil langkah yang lebih waspada dan berhati hati dalam setiap langkah perjalanan kita.  Golongan wanita disarankan supaya mengambil beberapa langkah keselamatan untuk menjauhkan diri dari menjadi sasaran peragut atau perompak sama ada pejalan kaki atau pemandu. Bagaimana jenayah ragut boleh berlaku?
Peragut sememangnya lebih gemar mengambil  peluang dan kesempatan terhadap seseorang yang dilihat tidak melawan secara agresif seperti kaum wanita. Wanita seringkali dianggap sebagai golongan yang lemah dan mudah dikasari serta jarang sekali untuk bertindak balas. Selalunya mereka hanya  mampu menjerit untuk meminta pertolongan daripada orang ramai jika ditimpa musibah.  Orang awam terutamanya kaum hawa dilihat mudah menjadi mangsa ragut berikutan sikap mereka yang gemar memberi peluang kepada si peragut.
Tidak dapat dinafikan lagi peningkatan kes ragut ini juga dipercayai disebabkan oleh sikap peragut yang ingin  memperoleh wang dengan cepat dan mudah tanpa memikirkan tentang keselamatan orang lain.
Wanita yang memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai sememangnya boleh menarik perhatian peragut.  Wanita juga gemar membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut iaitu dengan menyandang di bahu sahaja dan berjalan tidak berlawanan arus lalulintas.
Di manakah peragut selalunya bertindak? Peragut sering bertindak di jalan atau di lorong yang gelap dan sunyi.  Bagi mengelakkan diri daripada menjadi  daya tarikan dan mangsa ragut, sebolehnya elakkan diri dari berjalan kaki atau menunggang motosikal seorang diri di kawasan yang sunyi dan terlindung dari pandangan orang lain terutamanya pada waktu malam.  Kawasan yang jauh dari pandangan umum sukar untuk mendapat bantuan apabila memerlukannya.  Ini akan memudahkan peragut  mencari mangsa untuk melakukan aktiviti mereka tanpa dilihat atau diketahui orang lain.

Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motosikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.  Peragut biasanya melakukannya secara berteman dan kadangkala mempunyai senjata tajam bersama mereka.  Semasa anda memandu, jangan menghentikan kenderaan anda jika ada sesiapa sahaja yang menyuruh anda berbuat demikian tidak kira sama ada seseorang yang memberitahu anda bahawa tayar kenderaan anda pancit, anda terlanggar sesuatu,  atau apa-apa sahaja.  Teruskan memandu sehingga anda sampai di kawasan yang lebih selamat untuk berhenti dan memeriksa kenderaan anda.
Jika anda terpaksa berjalan kaki pada waktu malam tanpa ditemani sesiapa, seeloknya ikutlah arah laluan jalan bertentangan supaya anda dapat melihat kenderaan yang berada di hadapan dan boleh bertindak awal jika merasakan ada sesuatu yang mencurigakan di hadapan anda.  Peragut biasanya akan meragut sesiapa sahaja yang berjalan searus dengan lalulintas tidak kira sama ada mangsa itu adalah wanita mengandung atau orang tua.
Kaum wanita juga digalakkan untuk memakai pakaian yang longgar dan sesuai agar mudah untuk bertindak jika menjadi mangsa ragut atau sesuatu yang tidak diingini. Pilih pakaian yang selesa dan memudahkan untuk bergerak pantas jika mempunyai sesuatu urusan di luar rumah.
Sekiranya membonceng motosikal, elakkan dari menggalas beg tangan anda di sebelah bahu sahaja. Sebaik-baiknya letakkan beg tersebut di tengah-tengah antara anda dan penunggang dan lindunginya dengan tangan anda.  Menggalas beg tangan di bahu akan menjadikan anda “sasaran utama” peragut.


            Kita sememangnya sudah terbiasa untuk memegang telefon dan mengetip pesanan ringkas sambil berjalan.  Tanpa kita sedari, perbuatan sebegini akan mengundang padah.  Ia adalah seperti magnet yang akan menarik perhatian peragut untuk menyelesaikan misinya.  Kita seharusnya berjaga-jaga  setiap masa dan mengetahui di mana kedudukan telefon anda, bukannya sentiasa mengetip telefon anda.
            Apabila anda terpaksa melalui jalan gelap untuk ke tempat letak kereta, jangan malu untuk meminta bantuan atau minta ditemani rakan anda.  Jika anda sememangnya bekerja pada waktu malam (nightshift), berbincang dengan rakan lelaki untuk menemani anda ke tempat letak kereta adalah salah satu jalan terbaik untuk mengelakkan diri menjadi mangsa ragut.
            Apabila berjalan bersama rakan-rakan  pada waktu malam, sentiasalah berjaga-jaga.  Suara wanita yang rancak bercakap mungkin akan mengundang sesuatu yang tidak diingini.  Jadi, wanita seeloknya tidak bercakap-cakap (girlie talks) dengan berlebihan apabila anda berada di kawasan yang tidak begitu selamat untuk berbuat demikian.
            Disamping itu, apabila anda berada di tempat duduk penumpang sebelah kiri kereta, pastikan beg anda diletakkan di kawasan yang selamat.  Seelok-eloknya letaklah barang anda di kawasan antara kedua-dua belah kaki anda atau di tempat antara pemandu.  Pastikan cermin dan pintu kereta sentiasa dikunci.
            Jangan tinggalkan barang-barang berharga anda  di dalam kereta.  Meskipun laptop  menyakitkan bahu anda, teruskan menggalas dan bawa bersama anda.  Barang-barang bernilai tinggi seperti laptop, beg tangan  dan telefon pintar  yang ditinggalkan di dalam kereta akan membuatkan peragut menyasarkan kereta anda dan sudah tentu anda juga menjadi mangsanya.
            Tarikan melalui cara pemakaian juga perlu diambil kira.  Selalunya, semakin “menarik” seseorang wanita itu berpakaian, semakin kuat juga tarikan si peragut untuk menjadikan anda sebagai sasaran dan mangsanya.
            Bagus jika anda sentiasa membawa penyembur lada di dalam tas tangan anda.  Jika anda mempunyai sesuatu urusan di luar rumah, pastikan alat-alat kecil keselamatan sentiasa ada di dalam beg atau kocek pakaian anda seperti pen dan gunting.  Alat-alat ringkas ini akan memberi faedah kepada anda terutamanya pada waktu yang memerlukan.
            Sentiasalah membawa wang secara minima, selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah,  serta sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada bahu supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
            Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif, dan jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.  Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan. Elakkan dari memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
 Disamping itu, elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.  Seboleh-bolehnya bawalah payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.  Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat dan sentiasa berwaspada apabila mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.  Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.  Ini dapat memberi isyarat kepada peragut bahawa anda adalah seorang yang cermat melindungi hak kepunyaan anda dan sentiasa berjaga-jaga.
Ini pula cadangan sebelum ini dari bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bagi menangani kes ragut iaitu dengan mencadangkan kepada kerajaan supaya motosikal tidak dibenarkan memasuki kawasan bandar-bandar besar di seluruh negara sebagai langkah mengurangkan kes ragut di negara ini.  Beliau menegaskan,  ini adalah disebabkan  banyak kes ragut dilakukan oleh penunggang motosikal atau pemboncengnya yang sentiasa berlegar-legar mencari mangsa di kawasan bandar-bandar besar.

 Kes-kes jenayah seperti kes ragut adalah dikatakan disebabkan kelemahan penguatkuasaan undang-undang itu sendiri juga.  Sejauh mana peragut takut  dengan hukuman yang akan dijatuhkan kepada meraka. Penjara? Itu hanya hukuman ringan dan bersifat sementara sahaja.  Apabila keluar  dari penjara, kemungkinan dan peratusan untuk mereka mengulangi perbuatan sama mereka sangat-sangat tinggi.  Mereka mungkin lebih berani untuk melakukan jenayah lain berikutan ringannya hukuman yang dikenakan.

 Undang-undang bagi pencegahan kes ragut di Malaysia sangat penting untuk diperketatkan  dan dikuatkuasakan supaya pelaku jenayah  berfikir banyak kali untuk melakukan jenayah.  Tindakan undang-undang yang lebih berat perlu diambil bagi membendung fenomena ini.  Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang boleh dicapai  jika gejala rosak masyarakat seperti ragut dapat diatasi.
            Kepada golongan wanita di luar sana, sentiasalah berwaspada dalam setiap langkah anda kerana setiap kelakuan kita adakalanya diperhatikan dari jauh.  Elakkan menjadikan diri anda sebagai daya tarikan peragut kerana nyawa kita adalah lebih bernilai dari segala-galanya.
 Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita bersama-sama kerajaan berganding bahu membendung masalah ini untuk kemaslahatan bersama.  Sebuah negara yang aman membangun dan berdaulat tinggi dapat dinikmati sepenuhnya jika dapat menghayati tata kesopanan dan kesusilaan sesama kita.
Nasihat ayahanda anakanda fikirkan,
Keliru syaitan anakanda jagakan,
Orang berakal anakanda hampirkan,
Orang jahat anakanda jauhkan.